Mempelajari Fardu Ain Tidak Lagi Menjemukan

PERSEMBAHANNYA SANGAT MENARIK

SELEPAS INI,

PERSEPSI SAUDARA PASTI BERBEZA!

Mungkin saudara tercari-cari panduan bertayammum, syarat-syarat sah perkahwinan atau pembahagian harta menurut Islam. Ataupun persoalan-persoalan remeh yang sepatutnya saudara tahu tetapi saudara malu untuk bertanya! Saudara mungkin telah menemuinya dalam buku-buku yang lain tetapi mendapati saudara memerlukan masa yang panjang untuk membacanya. Sedangkan, masa amat mencemburui saudara.

Ataupun, mungkin saudara tercari-cari panduan fardu ain yang menepati kehendak saudara yang selalu sibuk, panduan yang mudah difahami dengan pantas dan dapat menarik perhatian saudara untuk membacanya.

PANDUAN SEBEGINI SEBENARNYA ADA!

Pernahkah saudara mengambil sebuah buku dan terasa ingin untuk membacanya kerana tajuknya menarik tetapi meletakkannya kembali setelah membuka beberapa helaian untuk membacanya? Adakah ketika itu saudara terasa isinya sangat berat untuk dihadam dan saudara mendapati agak sukar untuk memahamnya? Bukankah selepas itu saudara berharap isi buku itu dipersembahkan dengan cara yang menarik, memudahkan pemahaman dan mempunyai grafik menarik yang pelbagai dan tidak menjemukan?

Begitulah juga dengan diri saya…sebelum menemui buku ini.

MEMPERKENALKAN

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Modul fardu ain, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat.



APA ADA DENGAN ‘INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT’.

Isi-isinya disampaikan dalam bentuk carta, peta minda, penerangan bergrafik, panduan bergambar dan penerangan jelas menghasilkan kepelbagaian yang menarik minat pembaca.

Contohnya, penerangan tentang syarat-syarat akikah di bawah telah disampaikan dalam bentuk carta roda yang dapat menarik perhatian dan tidak menjemukan seperti yang anda boleh lihat di bawah. Ayat-ayat dalam roda berkenaan juga ringkas, padat tetapi masih mengekalkan maklumat penting yang perlu bagi pembaca. Ini amat berbeza dengan kebanyakan buku fardu ain yang menggunakan teknik penyampaian melalui perenggan-perenggan yang menjemukan pembaca.

Pembaca akan mendapati perkara-perkara penting yang perlu diketahui setiap individu Muslim bermula dari kelahiran, zaman kanak-kanak, remaja, menjadi dewasa,mencari pasangan, berkahwin dan berkeluarga, hidup bermasyarakat dan menghadapi saat kematian dihuraikan dengan begitu menarik sekali dalam “Indahnya Hidup Bersyariat” agar ilmu fardu ain dapat difahami sebagai perkara yang memudahkan kehidupan saudara.

Saudara akan mendapati Islam itu mudah dan memudahkan.

Memetik kata-kata penerbit,

“Panduan hidup yang disediakan oleh Allah SWT dipanggil syariat. Mempelajarinya merupakan fardu ain (Menjadi kewajipan ke atas semua orang – lelaki dan wanita). Masa mempelajarinya ialah dari buaian hingga ke liang lahad. Apabila telah memiliki ilmu tersebut, maka sampai pula masa untuk mengamalkannya. Itulah amalan syariat”.

Fardu Ain adalah panduan yang memudahkan kehidupan.

Ilmu Fardu Ain itu mencakupi seluruh kehidupan. Penulis-penulis “Indahnya Hidup Bersyariat” telah membahagikannya kepada 7 Bab agar mudah bagi saudara membuat rujukan iaitu:

Bab 1: Syariat Kelahiran

Bab 2: Pendidikan Awal Kanak-kanak

Bab 3: Syariat Berkaitan Remaja

Bab 4: Fardu Ain Asas

Bab 5: Munakahat (Hukum Perkahwinan)

Bab 6: Syariat Dalam Bermasyarakat

Bab 7: Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

Sebagai contoh, jika saudara ingin tahu tentang akikah, lihat Kandungan. Saudara akan mendapati ia berada di Bab 1 iaitu Syariat Kelahiran. Ataupun, anda boleh terus merujuk ke bahagian Indeks di mukasurat akhir. Terdapat 346 perkataan yang disenaraikan dalam indeks tersebut yang dibahagikan dari A sampai Z bermula dari Abdullah bin Mas’ud di senarai A sehingga zuriat di senarai Z. Amat memudahkan bukan?

Sebahagiannya seperti syarat-syarat akikah telahpun ditunjukkan seperti carta roda di atas.

Apabila anda ingin menerangkan kepada anak saudara yang mungkin bertanya “Tuhan tu macamana?”,  dengan pantas saudara akan menemui sifat-sifat Allah dalam senarai di bawah yang dipersembahkan secara berwarna dan padat.

Bagaimana pula jika anda risau dengan anak remaja anda yang mungkin masih belum baligh? Untuk memahami maksud baligh, saudara boleh merujuk kepada senarai Glosari yang menyenaraikan perkataan baligh seperti berikut:

Penerangan tentang tanda-tanda baligh bagi perempuan pula dapat dirujuk dengan pantas kerana ia diletakkan dalam petak berwarna yang membezakannya dari perkara-perkara lain dalam mukasurat tersebut, begitu memudahkan! Lihat snapshotnya di bawah.

Hatta, cara berpakaian yang sepatutnya dan mesti diikuti panduannya oleh anak remaja saudara pun ada disediakan secara bergambar!

Bagaimana pula tentang Fardu Ain asas? Tajuk-tajuk ini diberi ruang pembicaraan di bab 4: Fardu Ain Asas. Dari perkara-perkara asas seperti bersuci dan solat sehinggalah kepada perkara-perkara yang hanya boleh dilakukan jika darurat telah diberi ruang secukupnya di dalam “Indahnya Hidup Bersyariat”.

Dalam Bab Fardu Ain Asas ini, tajuk besar yang diperbincangkan ialah bersuci, solat, solat berjemaah, puasa, zakat, haji, umrah, sembelihan dan korban yang dipersembahkan secara bersistematik dan berwarna-warni agar isinya mampu membangkitkan rasa ingin belajar kepada pembaca.

Tajuk solat membincangkan tajuk wuduk, solat-solat wajib, azan dan iqamat, perkara sunat dalam solat, jenis-jenis sujud, perbezaan solat lelaki dan perempuan dan juga solat bagi orang sakit yang dipersembahkan secara bergambar. Ini termasuklah tajuk Pergerakan Isyarat Mata yang merupakan kemudahan bagi pesakit Islam yang tidak mampu bergerak (Lihat snapshot di bawah)

Insyaallah, segala perkara yang patut diketahui secara asasnya oleh seseorang Muslim disediakan oleh penulis-penulisnya. Ini termasuklah tentang tayammum, kemudahan sewaktu darurat yang biasanya sukar diingat oleh kebanyakan orang. Untuk itu, Indahnya Hidup Bersyariat mendedikasikan 1 mukasurat bergambar. Saya percaya, ramai yang mengatakan,”Eh, begitu mudah sebenarnya bertayammum!” selepas melihat cara Indahnya Hidup Bersyariat mempersembahkannya.

Adakah itu sahaja tentang tayammum? Jangan risau, perkara yang patut saudara ketahui iaitu Takrif Tayammum, Syarat-syarat Tayammum, Rukun Tayammum, Perkara Sunat Tayammum dan Perkara-perkara yang membatalkan Tayammum juga dipersembahkan!

Seterusnya, Indahnya Hidup Bersyariat membicarakan Hukum Perkahwinan (Munakahat) dalam Bab 5.

Sebagai ibu-bapa yang mungkin telah mempunyai anak yang akan memasuki gerbang perkahwinan, saudara juga boleh merujuk kepada bab ini untuk mendapatkan panduan bagi memilih menantu atau pun memberi nasihat kepada anak-anak saudara tentang panduan memilih pasangan. Saudara juga boleh memberi penjelasan kepada anak-anak saudara yang akan berkahwin berkenaan tanggungjawab suami atau isteri kepada pasangan masing-masing.

Antara tajuk-tajuk kecil Bab Munakahat ialah tuntutan, rahsia dan hukum perkahwinan, memilih suami/isteri, pertunangan, nikah, tanggungjawab suami/isteri, poligami, perceraian dan rujuk serta doa-doa dan zikir berkaitan syariat rumahtangga yang saya percaya memenuhi keperluan dan memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi seseorang yang telah berkahwin.

Dalam bab ini, penulis-penulis Indahnya Hidup Bersyariat telah menyenaraikan 21 doa dan zikir yang sesuai bagi mereka yang telah berumahtangga. Antaranya ialah doa untuk mendapat anak soleh, doa mengekal kasih-sayang suami/isteri, doa keluar rumah dan doa melindungi anak-anak daripada gangguan syaitan. Doa-doa ini yang sebahagiannya sangat ringkas adalah amat memudahkan dan boleh dihafal dalam masa yang singkat.

Perkara-perkara yang diperjelaskan dalam bab ini nampak ringkas, tetapi mampu memberi panduan segera kepada pembaca yang memerlukan rujukan fardu ain. Bagi mereka yang telah beramal dengan doa-doa tertentu bolehlah mengulangkaji ataumenambah doa-doa lain yang bersesuaian demi kebahagiaan keluarga.

Bab seterusnya ialah Bab 6 yangmembicarakan Syariat Dalam Bermasyarakat. Penulis-penulis Indahnya Hidup Bersyariat sedia maklum bahawa manusia adalah makhluk sosial yang hidup dalam lingkungan kawasan kejiranan, saudara mara dan rakan sekerja. Keperluan saudara dalam mengendalikan hidup secara bermasyarakat telah dibahagikan kepada adab-adab bersahabat, berjiran, berjual beli, berhibur, amalan asas ketika di masjid, menziarahi orang sakit, kematian dan mengurus jenazah serta tahlil dan doa.

Mungkin ada dari kalangan kita yang belum berpeluang mempelajari cara-cara mengurus jenazah yang merupakan fardu ain. Ini tidak menghairankan kerana kita selalu menyerahkannya kepada mereka yang ahli. Adalah lebih afdal sekiranya kita sendiri yang menguruskan jenazah kaum keluarga terdekat. Jadi, sebelum saudara mengatakan “saya tidak pandai menguruskan jenazah” dan sebelum saudara yang lain menganggap saudara tidak tahu apa-apa, bukankah lebih baik saudara merujuk kepada Indahnya Hidup Bersyariat dahulu. Lepas itu bolehlah saudara mengatakan “Sikit-sikit tu tahulah” tentang pengurusan jenazah.

Bagi tajuk pengurusan jenazah, Indahnya Hidup Bersyariat mendedikasikan tajuk-tajuk kecil iaitu Menziarahi Kematian/Jenazah, Mengurus Jenazah, Kaifiat (Cara) Solat Jenazah, Pengebumian Jenazah dan Tahlil dan Doa dimana ia telah disusun mengikut kronologi kehidupan. Kaedah logikal ini amat bertepatan dengan kehendak pembaca yang inginkan susunan bersistematik dan memudahkan pemahaman. Sebagai contoh, sebelum memandikan jenazah, perlulah menyediakan keperluannya. Bagi yang tidak pernah melihat bahan-bahan yang disediakan, Indahnya Hidup Bersyariat  telah mempersembahkannya dalam gambar yang jelas. Untuk itu, lihat snapshot di bawah.

Selepas itu, barulah pembaca diberi penerangan tentang cara-cara memandikan jenazah. Ini adalah gambar yang pertama dari 57 gambar berwarna yang disediakan agar dapat memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada saudara.

Mungkin tidaklah keterlaluan jika saya katakan bahawa Indahnya Hidup Bersyariat berjaya menyampaikan ilmu fardu ain dengan berkesan menggunakan pendekatannya yang tersendiri.

Buktinya? Saya sendiri terpaksa memberhentikan penulisan saya sebentar kerana anak saya yang belajar di sekolah rendah begitu tertarik dengan gambar-gambar yang dipaparkan dalam tajuk Cara-cara Memandikan Jenazah. Pelbagai soalan terbit dari mulut anak saya sekaligus membuktikan Indahnya Hidup Bersyariat telah berjaya membangkitkan sifat ingin tahu kepada pembaca.  Cuba bayangkan sekiranya penerangan tersebut hanya dipersembahkan dalam bentuk ayat-ayat dalam perenggan, apakah agaknya respons anak saya? Sudah tentu ia tidak dapat menimbulkan minat membacanya!

Bab terakhir Indahnya Hidup Bersyariat ialah Bab 7 yang mengupas tajuk Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa. Ia dibahagikan kepada beberapa tajuk-tajuk kecil iaitu Membaca Al-Quran, Istighfar, Berselawat, Berdoa, Zikir dan Amalan-amalan Sunat mengikut Takwim Islam.  Amalan-amalan sunat ini adalah amalan yang mencakupi amalan-amalan sunat harian mudah yang biasa dilakukan sebagai Muslim. Nampak biasa sahaja, tetapi adakah itu sahaja?

Malahan, Indahnya Hidup Bersyariat melakukan lebih lagi!

Saudara akan mendapati di celah-celah kupasan amalan sunat harian, ada diselit pelbagai info yang amat berguna seperti Analogi Tingkatan Pembacaan Al-Quran Setiap malam, Panduan Menawar Penyakit dan Tempat-tempat Mustajab Berdoa. Ia adalah penambah nilai kepada buku Indahnya Hidup Bersyariat.

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT bukan sahaja untuk bacaan saudara, ia adalah koleksi wajib untuk setiap keluarga!

Lihat testimoni-testimoni pemilik buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT di bawah.

TESTIMONI 1

Saya telah membaca buku ini dan saya dapati ia sebuah buku yang                       sangat sesuai untuk seisi keluarga. Jarang kita menjumpai sebuah buku               yang boleh memberi kefahaman bukan sahaja kepada golongan ibu dan               bapa tetapi juga  kepada golongan anak-anak kecil di peringkat sekolah               rendah dan tadika. Dengan  pelbagai gambar yang menarik, anak-anak                 saya sangat suka membaca buku ini.

Zainal Abidin Bin Lebai Hassan

(Bapa, guru agama, ahli sejarah dan pendakwah bebas)

Temerloh, Pahang

Untuk makluman saudara:

  • Buku Indahnya Hidup Bersyariat adalah buku terlaris Telaga Biru Sdn. Bhd., sebuah syarikat penerbitan yang ditubuhkan pada 1997 bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bagi santapan minda dan rohani melalui pelbagai sumber.
  • Buku Indahnya Hidup Bersyariat berkulit keras dan amat sesuai dijadikan koleksi berharga setiap keluarga.
  • Juga sesuai dijadikan hadiah kepada pengantin baru, rakan yang akan pergi merantau dan insan yang ingin mempelajari amalan hidup Muslim.
  • Mengandungi 308 muka surat
  • Dicetak diatas kertas bermutu tinggi
  • Disenaraikan dalam Data Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Islam – Customs and Practices, Muslim – Conduct of Life, Islam – Prayers and Devotions dan Religious life – Islam.

Indahnya Hidup Bersyariat adalah buah tangan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Abd Hamid.

Penerangan saya ini nampaknya sudah tiba kepada penghujungnya.

Saya yakin dan percaya, sebagaimana buku Indahnya Hidup Bersyariat berjaya mengubah persepsi saya terhadap buku-buku agama, begitulah juga dengan saudara kelak.

Sedangkan kita memahami bahawa fardu ain adalah ilmu asas bagi setiap muslim. Jika perkara asas pun kita tidak mampu kuasai, bagaimanakah kita akan berkemampuan memimpin diri dan keluarga kita sehingga sampai ke matlamatnya?

ILMU FARDU AIN PERLU DIBERI PERHATIAN!

Saya ingin memetik kata-kata pengarang berkenaan Indahnya Hidup Bersyariat,

“Perkara-perkara asas ini merangkumi kehidupan manusia bermula dari kelahiran sehinggalah mereka kembali kepada Allah SWT. Disamping itu juga, ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara asas ini (fardu ain) adalah penting dalam membentuk diri kita menjadi hamba Allah yang bertakwa. Justeru, penulis melihat penerbitan buku ini sebagai salah satu usaha untuk menampilkan Islam sebagai satu cara atau anutan hidup yang lengkap, sempurna dan diredhai oleh Allah SWT”.

Antara cara terbaik memudahkan fardu ain dipelajari adalah menyediakan bahan bacaan seperti Indahnya Hidup Bersyariat dirumah saudara sendiri, sepertimana kata penerbitnya,

“Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini ialah untuk kegunaan seisi                rumah. Sekurang-kurangnya sebuah buku untuk seisi keluarga ini                          seperti kempen sebuah komputer untuk sebuah rumah”.

Selebihnya, serahkan saja kepada Indahnya Hidup Bersyariat… (Tetapi lebih afdal jika saudara sendiri mewarwarkannya… )

“…kami sudah memulai dengan persembahan buku yang berwarna-                    warni dan teks yang dipermudahkan. Sebahagian teks telah                                        ditransformasikan kepada rajah, carta, peta minda dan jadual supaya                  lebih berkesan dan mudah difahami. Tidak mustahil inilah buku fardu                  ain pertama anda yang berwarna-warni”.

penerbit

Saudara, saya telahpun menjelaskan dengan panjang lebar kelebihan buku Indahnya Hidup Bersyariat. Oleh itu, dapatkan segera buku Indahnya Hidup Bersyariat Di sini!

Makluman: Saudara akan dibawa ke laman e-store saya dimana saya adalah ahli Stormreaders yang merupakan pengedar buku Telaga Biru Sdn Bhd. Di sana saudara boleh memilih kaedah bayaran yang bersesuaian.

Terima kasih atas kunjungan saudara.

Wassalam.

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.